Promotion

Promotion

Thursday, 12 December 2013

APA ITU STEM CELL?

Apa itu stem cell? Saya fikir, anda klik dan membaca posting ini bermakna anda sebenarnya mengetahui tentang stem cell atau paling tidak, pernah mendengar namanya disebut. Kita sekarang berada dalam zaman ilmu dan teknologi. Bila kita dengar tentang sesuatu kita akan buka internet dan cari. Kebiasaannya begitulah sekarang ini.

Namun bila di petik2 tentang Stem Cell kebanyakan penerangan sama ada bersifat saintifik atau terlalu sukar atau terlalu ringkas untuk di fahami. Maka kami telah membuat keputusan untuk membaca penyelidikan dan maklumat yang telah ada dan kami berusaha sedaya upaya kami untuk mengabungkan , mengolah dan memudahkan kefahaman tentang stem cell ini. Maka habislah intro, masuklah pula topik utama kita. Apa itu Stem Cell?

Pada sekitar tahun 1960an, dua orang pakar ini iaitu Ernest A. McCulloch and James E. Till dari Universiti Toronto telah menemui teknologi Stem Cell ini. Semenjak itu ianya telah digunakan dan dikaji secara meluas dan ia diguna pakai dalam perubatan moden.

Secara umumnya, Sel Stem boleh dianggap sebagai sel induk kerana keupayaannya untuk menjadi semua jenis sel atau tisu di dalam badan kita. Contohnya, sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah.

"SECARA MUDAHNYA BOLEH DIKATAKAN IANYA CELL YANG BOLEH MENJADI APA-APA SAHAJA CELL DALAM BADAN KITA BAGI MEMBANTU/ MEMULIHKAN/ MENGGANTIKAN CELL YANG SEDIA ADA"

Oleh itu, ia boleh digunakan untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa jenis penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis rheumatoid, lumpuh saraf tunjang dan lain-lain lagi.


Stem Cell ini ada terdapat dari 2 sumber utama mengikut kajian asal: 
  1.     Sel Stem Embrionik (ESC)
  2.     Sel Stem Dewasa (ASC)

Sel Stem Embrionik
Sel stem ini diperoleh daripada embrio (janin) yang berusia 8 – 10 hari (blastula). Ia terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh, iaitu, tabung uji (in-vitro fertilization) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik). Sel Stem ini diekstrak dari manusia atau binatang (terutamanya kambing biri-biri).

Rawatan dan penyelidikan Sel Stem ini telah menimbulkan banyak kontroversi dari sudut agama, moral dan etika. Ini kerana embrio yang disuntik akan mati setelah diekstrak.Dalam erti kata lain, memusnahkan satu kehidupan untuk kehidupan yang lain. 


Sel Stem Dewasa
Ia wujud di dalam badan kita dari saat kita dilahirkan.

Ia boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak.

Sehingga akhir-akhir ini, sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan adakalanya sukar untuk diperolehi (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).

Tetapi akibat kajian terkini yang telah dilakukan sejak 5 tahun lepas telah menemui kebolehan sel stem dewasa yang mampu bertindak seperti sel stem embrionik. Ia tidak lagi terhad kepada pembentukan sel darah, tulang dan tisu penghubung.

Selain itu, kajian terbaru yang telah dijalankan oleh para saintis telah membuktikan bahawa Sel Stem dewasa adalah tunjang kepada sistem pembaharuan (renewal) semulajadi badan kita. (2009, Christian Drapeau MSc. “The Stem Cell Theory of Renewal”)

(Bersumberkan http://livinghypothyroidism.com/)

Di Malaysia secara aktifnya kita menggunakan 3 kaedah rawatan stem cell secara klinikal iaitu Pemindahan Stem Cell Sum Sum Tulang yang biasa kita dengar. Pemindahan Stem Cell dari dalam darah. Di mana ia lebih fokus utk penyakit2 berkaitan darah dan yang terbaru dari darah tali pusat bayi baru lahir. Di mana pada siapa yang mampu, mereka boleh menyimpan darah ini untuk tempoh 10 tahun dan ia boleh di gunakan untuk menggantikan/merawat sel anak mereka sekiranya terdapat sebarang penyakit kritikal. Namun kosnya agak tinggi.


Walaubagaimanapun, tidak kira berapa banyak kajian yang dijalankan sehingga kini. Teknik ini tetap memiliki satu masalah yang sama dari dahulu. Kerana stem cell ini di ambil dari manusia maka ada kebarangkaliannya sistem badan kita tidak boleh menerima sel ini jika di masukkan di masa hadapan. Walaupun penyumbangnya adalah diri sendiri ataupun ahli keluarga dan teknik ini di ragui kesahihanya dari sudut agama.

Maka tuan puan, jika ada alternatif yang lebih baik dari ini dan ianya di perakui boleh serta halal menurut perspektif islam bahkan lebih selamat, mahukah anda? Di sinilah datangnya Stem Cell Apple "UTTWILLER SPATLAUBER". Untuk ketahui dengan lebih lanjut, sila ikuti blog post kami seterusnya.